Alam Sekitar
Saturday, 29 September 2012
Friday, 28 September 2012
Sejarah Topeng
Topeng merupakan artifak yang kebiasaanya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian dan menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat topeng terdapat pelbagai jenis. Antara termasuklah kertas, kayu dan plastik.
Di sini, kami ingin memperkenalkan cara untuk membuat topeng dimensi 2 dengan menggunakan bahan buangan.
Monday, 24 September 2012
Kitar Semula
Kitar Semula ialah proses mengolah semua bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar Semula :
* mengurangkan bahan buangan
* mengurangkan penggunaan bahan mentah baru
* mengurangkan penggunaan tenaga
* mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran air
* mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah
Tong Sampah Kitar Semula :
Langkah-langkah untuk mewujudkan alam sekitar yang sihat
1. Mengawasi dan menjaga habitat haiwan-haiwan tersebut dengan mengelakkan aktiviti pembalakan dan peneroka hutan.
2. Menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi hidupan liar seperti Akta Perhutanan 1993 - mengenakan denda dan penjara yang lebih berat.
3.Memindahkan haiwan ke tempat yang lebih selamat
4.Menguruskan hutang secara berkesan dan merancang.
5.Elakkan membeli barang yang berasaskan hidupan liar.
6.Membuat aktiviti Kitar Semula
Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Pada masa sekarang kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan ) dan fauna ( hidupan binatang ) ataupun tidak langsung dengan menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Kita telah mengorbankan alam sekitar di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.
Gambar rajah di atas telah menunjukkan bahawa alam sekitar kita sudah tercemar, fenomena ini telah menyebabkan banyak spesis flora dan fauna telah pupus. Hal ini telah menyebabkan terjadinya situasi ramai generasi muda sekarang sudah tidak dapat mengenali spesis-spesis yang telah pupus itu..
Pencemaran Udara
Pencemaran Air
Alam Sekitar
Apakah yang dimaksudkan dengan semula jadi? Alam semula jadi merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi atau sebahagian daripadanya.
Alam semula jadi meliputi beberapa komponen utama :
1 ) Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu - bata dan sebagainaya, serta fenomena semula jadi yang berlaku.
2 ) Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagneten, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)